Saturday, November 26, 2011

SAYA LIHAT: Wanita Itu Memakai Baju Bertulis "Don't Waste My Time"

Hari itu [masih delay] Saya terLIHAT dalam paper gambar yang menjengkelkan ini. Salah ke memakai baju betulisan 'Don't Waste My Time' ?




Tak.. Tak ada salahnya kalau bukan sebab anda memakainya ketika hadir ke JAIS untuk mendengar sessi kaunseling mengenai aurat! Mereka sebenarnya adalah 5 orang peserta Islam yang menyertai pertandingan ratu cantik Borneo dan dinasihatkan oleh JAIS untuk menarik diri. Tapi malangnya walaupun setelah  menghadiri sesi keunseling tersebut mereka tetap ingkar dan meneruskan penyertaan ke peringkat akhir.


Kecewa sungguh saya dengan mereka berlima ini. Sejujurnya saya rasa nak tarik je telinga perempuan berbaju hitam tu sebab sangat tak sensitif [kalau tidak disengajakan] @ sangat kurang ajar dan tak beradab [kalau memang disengajakan] kerana memakai baju yang bertulisan negatif begitu ketika menghadiri sessi kaunseling di JAIS!!


Really waste my time!!!!!

World Peace =) Peace No War...

SAYA LIHAT: Selamba sungguh lelaki beriman itu..

Hari tu [bukan hari ini, sbb delay =P] sewaktu saya sedang memandu pada hari Jumaat, BB saya melintasi sebuah lori yang diberhentikan di tepi jalan. Waktu tu lebih kurang pukul 1 lebih.. Time orang lelaki tengah sibuk-sibuk nak pergi sembahyang Jumaat dan time orang perempuan sibuk-sibuk gi keluar beli barang atas alasan selesa ke pasaraya dan kedai yang tak dipenuhi umat Adam.. Parking kereta pun banyak kosong. Tapi kalau ada nampak jugak makhluk-makluk berhalkum ni masih duduk bersantai kat kawasan terbuka dengan bangganya memanglah... memang membuatkan saya rasa nak sepak je cuping telinga diorang dengan bangganya!!

Err.. Balik ke cerita asal.. Okay.. Masa saya menoleh ke kiri jalan, saya terLIHAT pemandu lori tu yang berada di sisi lorinya sedang menukar seluar panjang yang dipakainya dengan kain pelekat..  Dia kelihatan sedang menarik keluar seluar panjangnya dari dalam kain pelekat yang telah tersarung di badannya. Betul-betul tepi jalan je.. Tak selindung-selindung langsung.

Ya.. Apa yang nak dimalukan.. Dia lelaki dan dia tidak membuka auratnya pun. Dia mesti ingin segera menuju ke masjid yang berada tidak jauh dari kedudukan lorinya diberhentikan. Ia mungkin permandangan biasa bagi sesetengah orang tapi saya melihatnya dengan rasa gembira.. Saya meneruskan perjalanan dengan tersenyum setelah melihat insiden beberapa saat tadi.. Bagus.. Dalam kesibukan bekerja tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang hamba yang hidup di bumi Allah ini.. Teruskan usaha anak muda yang kacak!

Muda ke? Hehe.. Ntah.. Saya tak nampak pun mukanya. Dia sedang menunduk ketika itu. Kacak? Kalau dah tunduk mana nak nampak muka. Tapi saya mahu menganggapnya begitu.. Izinkan saya.. =)

World Peace, Peace No War!

Nota Kuku Kaki: BB adalah kereta Gen2 saya yang bernama Boipren Biru..=)

SAYA LIHAT lelaki itu bersama handphone dan pusatnya..

Hari tu, sewaktu saya sedang memandu ke Bandar Pusat Jengka dari rumah, saya terLIHAT seorang lelaki sedang bercakap menggunakan handphone sambil memandang ke arah jalan raya. Hmm.. Apa yang menariknya? Memang tak ada apa-apa.. cuma saya nak cakap dia cukup berani, berkeyakinan tinggi dan seksi sekali.. Kenapa ya.. Hehe.. Sebab dia yang berada di luar kedai makan betul-betul di hadapan jalan raya itu dengan bangga sekali  mengangkat baju berwarna merah bombanya sehingga menampakkan keseluruhan perutnya. Sekaligus menayangkan pusatnya yang tenggelam di tengah-tengah perut boroi itu..

Apa? Saya tipu? Dari jauh boleh  boleh nampak pusat tenggelam ke? Ya.. Saya ada berlebih-lebih sikit di situ.. Sebab saya menceritakan melalui pengalaman. Perut boroi selalunya pusat tenggelam kan? Hehe..

[Sepatutnya cerita saya mesti bermula dengan HARI INI.. tapi pada hari kejadian, saya tak berpeluang nak menulis..then sebab tu ia jadi hari tu.. huhu]


World Peace, Peace No War!!