Saturday, November 26, 2011

SAYA LIHAT: Selamba sungguh lelaki beriman itu..

Hari tu [bukan hari ini, sbb delay =P] sewaktu saya sedang memandu pada hari Jumaat, BB saya melintasi sebuah lori yang diberhentikan di tepi jalan. Waktu tu lebih kurang pukul 1 lebih.. Time orang lelaki tengah sibuk-sibuk nak pergi sembahyang Jumaat dan time orang perempuan sibuk-sibuk gi keluar beli barang atas alasan selesa ke pasaraya dan kedai yang tak dipenuhi umat Adam.. Parking kereta pun banyak kosong. Tapi kalau ada nampak jugak makhluk-makluk berhalkum ni masih duduk bersantai kat kawasan terbuka dengan bangganya memanglah... memang membuatkan saya rasa nak sepak je cuping telinga diorang dengan bangganya!!

Err.. Balik ke cerita asal.. Okay.. Masa saya menoleh ke kiri jalan, saya terLIHAT pemandu lori tu yang berada di sisi lorinya sedang menukar seluar panjang yang dipakainya dengan kain pelekat..  Dia kelihatan sedang menarik keluar seluar panjangnya dari dalam kain pelekat yang telah tersarung di badannya. Betul-betul tepi jalan je.. Tak selindung-selindung langsung.

Ya.. Apa yang nak dimalukan.. Dia lelaki dan dia tidak membuka auratnya pun. Dia mesti ingin segera menuju ke masjid yang berada tidak jauh dari kedudukan lorinya diberhentikan. Ia mungkin permandangan biasa bagi sesetengah orang tapi saya melihatnya dengan rasa gembira.. Saya meneruskan perjalanan dengan tersenyum setelah melihat insiden beberapa saat tadi.. Bagus.. Dalam kesibukan bekerja tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang hamba yang hidup di bumi Allah ini.. Teruskan usaha anak muda yang kacak!

Muda ke? Hehe.. Ntah.. Saya tak nampak pun mukanya. Dia sedang menunduk ketika itu. Kacak? Kalau dah tunduk mana nak nampak muka. Tapi saya mahu menganggapnya begitu.. Izinkan saya.. =)

World Peace, Peace No War!

Nota Kuku Kaki: BB adalah kereta Gen2 saya yang bernama Boipren Biru..=)

No comments:

Post a Comment